Langkau ke kandungan utama

SPONSORED

Negeri Kalaka





Lembah Sungai Kalaka, tidak jauh dari lembah Sungai Sadong, hanya 10 batu di sebelah timur Santubong, merupakan juga tempat wujudnya politi tua di Sarawak. Terletak di kuala Sungai Kalaka dan muara Batang Saribas ialah sebuah negeri bernama Kabong. 
Daerah Kalaka yang merupakan salah satu daripada daerah terletak di kawasan Saribas. Daerah Kalaka hanyalah sebuah daerah yang kecil tetapi mungkin tiada yang mengetahui bahawa Kalaka suatu waktu dahulu juga antara daerah yang penting di dalam sejarah lama Sarawak iaitu sebelum kedatangan Rajah James Brooke dan keluarganya memerintah Sarawak.

Di dalam pencarian sejarah negara yang hilang, sejarah Kalaka tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan Datuk Merpati Jepang seperti Kerajaan Negeri Santubong dan Kerajaan Negeri Samarahan. Tetapi Kalaka mempunyai hubungkait secara langsung dengan sejarah Datuk Godam dan Pengiran Temenggung Abdul Kadir. Kedua-duanya bukanlah pemerintah untuk Kalaka pada waktu itu tetapi Kerajaan Negeri Saribas yang berpusat di Tandang Sari adalah jiran kepada Kalaka. Ini dapat dibuktikan di dalam Syair Tarsilah Cetera Dato’ Godam dan Temenggung Kadir Negeri Saribas yang dikatakan sebagai sebuah naskah agung yang mempunyai episod di dalam pensyairannya.

Syair Tarsilah Negeri Saribas

“ Terhenti dulu kisah itu
Tersebutlah pula habar suatu
Di Negeri Kalaka habarnya tentu
Dayang Hubu’ Dayangnya Ruku…..”

Inilah bait-bait syair yang mengaitkan bahawa suatu waktu dulu Kerajaan Negeri Kalaka diperintah oleh 2 orang puteri bersaudara yang bernama Dayang Hubu dan Dayang Ruku.

Di dalam konteks sejarah lama Sarawak yang kebanyakan kerajaan lamanya adalah dibawah pengaruh Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit, nama Kalaka juga dinyatakan di dalam sebuah manuskrip lama berjudul Negarakartagama yang dikarang pada tahun 1365 ada mencatatkan bahawa “Kalka” adalah salah satu daripada kerajaan yang menjadi jajahan empayar besar Majapahit. Selepas kemerosotan empayar Majapahit, Kalaka dikatakan di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Johor dan diserahkan kepada Brunei sebagai satu hadiah kepada rajanya yang pertama iaitu Awang Alak Bertatar yang mengahwini kerabat diraja Johor. Ini dapa dibuktikan melalui sebuah manuskrip bertulisan Jawi Melayu Brunei berjudul Alamat Zaman Ketahtaan Nagari Baruni.

“Alkisah peri mengatakan zaman dahulukala di nagari Barunai berugama kafir. Pada zaman itu nagari Barunai mengantar upti ka Majapahit satahun satampayan air pinang muda. Maka apakala Awang Alak Batatar menjadi raja tiadalah baginda manghantar upti lagi ka Majapahit. Ratu Majapahit pun sudah mati dan Patih Gajah Mada pun mati. Nagari Majapahit pun tiada daya ... damikian riwayatnya.

Maka Awang Alak Batatar dangan Patih Barbai asal raja datang ghaib .... Pengawa jadi Pangiran ialah yang sangat gagah barani pada zamannya itu. Dan pada masa Ratu Malaka di atas karajaan Nagari Juhur, Awang Alak Batatar baristeri ka Juhur ialah digalarkan Awang Alak Batatar ada Seri Sultan Muhamad dan saudaranya Patih Barbai jadi Bendahara Seri Maharaja Permaisuara digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar jadi Panggawa dan dianugerahi oleh Baginda di Juhur empat menteri yang basar2 dan babarapa pagawai dan ngaskar dangan babarapa dayang2nya dianugerahi nobat nagara ganta alamat sarta sakalian alat-alat karajaan yang barbagai-bagai.

Dan dianugerahi nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sabangan dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau, Juhur pun mamarintah juga. Dianugerahkan sakali kapada anak baginda manjadi milik sapanjang-panjang rantau itu di bawah parintah Sultan Barunai damikianlah riwayatnya pada zaman dahulukala.”

Untuk konteks bukti peradaban moden seperti penyelidikan atas artifak-artifak sejarah pula, banyak penyelidikan ke atas artifak sejarah yang ditemui menuju ke arah Kalaka sebagai sebuah negeri. Lembah Sungai Kalaka yang tidak jauh dari Lembah Sungai Sadong iaitu sekitar 10 batu ke sebelah timur Santubong telah ditemui 9,469 serpihan tembikar China termasuk jenis Sawankhalok dan “blue and white ware”. Dari pengkajian yang dijalankan oleh Lucas Chin menunjukkan bahawa tembikar ini adalah tembikar abad ke 16 dan ke 17. Terdapat juga penemuan artifak bersejarah di Tebing Tinggi yang mana di kawasan ini telah ditemui 41,762 serpihan tembikar yang seusia dan setua artifak yang ditemui di Nanga Kalaka. Dengan penemuan ini sudah cukup membukti bahawa Kalaka juga adalah antara kawasan yang penting di suatu waktu dahulu sehingga saudagar dari Tanah Besar China turut datang berniaga.

Berdasarkan kepada pembuktian dari manuskrip sejarah lama iaitu Syair Negeri Saribas, Alamat Zaman Ketahtaan Negara Barunai dan juga penemuan arkeologi saintifik keatas artifaks sejarah dengan ini dapat disimpulkan bahawa KERAJAAN NEGERI KALAKA adalah salah satu daripada THE LOST KINGDOM OF SARAWAK pada suatu masa dahulu.

 Mengikut Lucas Chin terdapat tembikar yang masih bulat yang diambil oleh orang ramai dan tidak sempat diambil oleh pihak Muzium Sarawak.Nanga Kalaka lebih bernasib baik kerana di sana ditemui 9,469 serpihan tembikar China termasuk jenis Sawankhalok dan “blue and white ware”. Kajian menunjukkan bahawa tembikar ini adalah tembikar abad ke-16 dan 17.  Sebuah lagi tempat di lembah ini ialah Tebing Tinggi.  Di sini terdapat 41,762 serpihan tembikar termasuk jenis Sawankhalok jenis abad ke-16 dan 17. Daripada abad tembikar dibuat ini nampaknya politi di lembah Sungai Kalaka ini tidak begitu tua seperti yang terdapat di Santubong dan lembah Sungai Sadong.  Bagaimanapun ini tidak memberi maklumat yang lengkap kerana tembikar di Kabong tidak berjaya dikaji.  Besar kemungkinan tembikar di Kabong ini bertarikh lebih awal kerana Negarakartagama yang dikarang pada tahun 1365 ada mencatatkan Kalka sebagai salah sebuah jajahan Majapahit. Di samping itu Kalaka juga sebut sebagai sebuah negeri yang dianugerahkan kepada Kerajaan Brunei oleh Johor seperti yang dinukilkan dalam silsilah raja-raja Brunei serta mendapat keutamaan dalam Kerajaan Brunei.
         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Ketua Menteri Sarawak

Di sini kami senaraikan enam orang Ketua Menteri yang berjasa kepada Sarawak Bumi Kenyalang.
1.Datuk Stephen Kalong Ningkan (22 Julai 1963- September 1966)
2.Dato' Sri Penghulu Tawi Sli (23 September 1966 – 7 Julai 1970)
3.Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Ya'kub (7 Julai 1970 – 26 Mac 1981)
4.Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (26 Mac 1981 – 28 Februari 2014)
5.Pehin Sri Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan bin Hj Satem (28 Februari 2014 – 11 Januari 2017)
6.Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg (13 Januari 2017-kini)

Hargailah jasa para pemimpin kita.

Polong Si Bebola Api Terbang

POLONG. Terdapat sebutan lain : Pulong.
Bagi masyarakat Sarawak dahulu , mereka biasa mendengar dan melihat objek berbentuk bola api yang digelar 'polong'.
Ia digunakan untuk melihat sejauh mana kekuatan sihir seseorang. Terutamanya bagi yang baru belajar ilmu hitam. Objek ini dibuat oleh pengamal ilmu hitam menggunakan perantara jin dan iblis. Polong diterbangkan menuju sasarannya setelah dijampi serapah. Apabila polong ini jatuh tepat kepada sasarannya, mangsa akan jatuh sakit.
Objek ini biasanya akan terbang waktu Maghrib malam Jumaat. Meluncur setinggi pokok kelapa. Adakalanya polong ini akan jatuh jika ditunjuk dengan jari oleh mereka yang melihatnya. Polong yang jatuh akan kembali ke bentuk asal iaitu telur.
Nasihat orang dulu, jika melihat polong, maka berteriaklah "polong sik berinduk". Maksudnya, "polong tidak bertuan". Polong yang jatuh seperti ini akan pecah dan tidak mengena sasaran.
Namun hati-hati, terdapat polong yang tidak jatuh dan mengeja…

Lemang Betawi Nang Nyaman!

Lemang Betawi berbeza dengan lemang buluh. Dari mana sejarah makanan ini tidak dipastikan dengan jelas kerana makanan ini boleh didapati di kawasan Nusantara. Namun terdapat pihak mengatakan makanan asalnya dari Orang Asli.
Lemang Betawi tidak dimasak menggunakan buluh. Lemang Betawi dikukus. Bahan-bahannya adalah beras pulut, santan dan garam. Bagi menambah rupa lemang, ditambah pewarna mengikut kehendak tukang masak.
Lemang Betawi dibungkus dengan daun pisang. Daun pisang ini dipanaskan dengan haba api bagi mengelakkan daun pisang pecah apabika digulung.
Proses mengukus lemang Betawi mengambil masa 3 hingga 4 jam. Lemang Betawi juga boleh dipanggang selepas dkukus bagi mendapatkan aroma panggang dan rasa 'hangus' sedikit.

Lemang ini bukanlah lagi makanan di masa perayaan atau keraian sahaja kerana boleh didapati pada hari biasa.
Di Sarawak, lemang Betawi boleh didapati di Satok, Kuching dan Simunjn, Samarahan. Bahagian lain penulis tidaklah berapa pasti. Cara mencarinya mud…